Saturday 21 May 2011

Muzium TUDM Sungai Besi

今天,真的是一个很大的体验~
让我有对飞机,不对。。。应该是战斗机有了多一些认识。。。
原来这世界上,真的不止一台战斗机,而是很多架,而且每一架都有他本身的型号的。
品质真的很多,还有战斗机里面的结构,我今天也清楚地看到了。。。

这里有一些照片,也有一些是我在网络寻找的。
其实…………
我知道的………
也不是很多,如果可以的话。
就找一天,去那里参观一下,你们就会明白了,但是好像是要预约时间的吧!












这是我在网路上寻找的一篇报导。
如果你们有时间,可以读读看....…^^

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang mengenal pasti beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang untuk dijadikan pangkalan baru bagi menggantikan pangkalan sedia ada di Sungai Besi.

Timbalan Panglima TUDM Lt Jen Datuk Shah
ron Ibrahim berkata TUDM dan Kementerian Pertahanan masih mengkaji
lokasi strategik yang bersesuaian sebelum membuat keputusan
untuk memindahkan pangkalan Sungai Besi ke lokasi baru.













“Kita telah meninjau beberapa lokasi, namun keputusan belum boleh ditetapkan kerana proses ini memerlukan perancangan dan kajian rapi. Kita masih mencari lokasi yang pastinya mesti strategik dan sesuai sebagai pangkalan logistik,” katanya kepada pemberita selepas pada majlis penyampaian anugerah khidmat cemerlang 153 pegawai dan anggota TUDM di Pangkalan Sungai Besi hari ini.

Shahron berkata Pangkalan Sungai Besi tidak akan ditutup tahun ini tetapi lokasi baru itu perlu ditetapkan tahun ini kerana proses membangunkan sebuah pangkalan mengambil masa kira-kira tiga tahun.

Selain itu, proses memindahkan Pusat Operasi Tentera Udara serta inventori dan sistem pertahanan tidak mudah dilaksanakan kerana memerlukan perancangan rapi dan perpindahan secara berperingkat-peringkat, katanya.

Pada Jun lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pangkalan itu yang dahulunya merupakan Lapangan Terbang Sungai Besi akan ditutup bagi memberi laluan kepada projek pembangunan ‘‘Greater KL’’ seperti yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Lapangan terbang berusia 54 tahun itu bakal dimajukan dan dibangunkan semula secara bersama melibatkan kerajaan, swasta serta pelabur asing, malah satu perjanjian telah ditandatangani membabitkan kementerian, pemaju iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan pelabur dari Timur Tengah.

Lapangan Terbang Sungai Besi merupakan lapangan terbang pertama di Negara ini.

Shahron, yang telah berkhidmat selama 40 tahun dan akan bersara tidak lama lagi, berkata beliau akan menghabiskan baki cutinya dan mengikuti kursus peralihan wajib sebelum sepenuhnya bersara pada 23 Mac tahun depan.

“Saya percaya saya telah buat yang terbaik untuk pasukan dan organisasi. Saya harap ATM termasuk TUDM akan terus cemerlang dan komited serta menjadi institusi yang digeruni,” katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment

不要当潜水族,欢迎在这里发表一些评论,这样我会更有动力去发表更多文章,谢谢!